PENGURUSAN SUKARELAWAN

STRUKTUR PELAKSANAAN

a) Sukarelawan Komuniti VCEE19 diselaraskan di peringkat Kebangsaan dikenali sebagai SEKRETARIAT VCEE19 NASIONAL, di bawah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia yang mana PPPKAM adalah Ahli Malaysian Coordination and Action Hub (MATCH);

b) Sekretariat VCEE19 Nasional akan dibahagikan kepada tiga (3) teras utama sebagai penggerak kepada keseluruhan skop kesukarelawan tersebut iaitu:

i) Sekretariat Mobilisasi Rakyat dan Komuniti di bawah Community Volunteer Covid (CVC19) Malaysia;

ii) Sekretariat Komunikasi dan Media Digital di bawah kendalian Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi (CDCS), Institut Madani, Malaysia;

iii) Sekretariat Perubatan dan Latihan Kesihatan Awam di bawah kendalian Persatuan Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam Malaysia.

c) Tiga teras utama ini memainkan peranan penting dalam menggerakkan komuniti masyarakat secara menyeluruh hingga ke akar umbi bagi menyasarkan penglibatan rakyat di semua kawasan, yang mengandungi elemen mobilisasi rakyat, pengantaraan media digital dan penasihatan (advisory) kesihatan awam beserta bimbingan umum.

STRUKTUR PENTADBIRAN

Struktur pentadbiran sukarelawan adalah seperti berikut :

a) Peringkat Nasional

Sekretariat VCEE19 Nasional (Malaysia)

b) Peringkat Negeri

Urus Setia VCEE19 Negeri-Negeri (14 Negeri) diketuai oleh seorang Ketua Penyelaras Negeri dan dibantu oleh Urus Setia Negeri dan Penyelaras Parlimen.

c) Peringkat Kawasan Parlimen

Setiap Kawasan Parlimen terdapat Seorang Penyelaras yang berfungsi sebagai Pentadbir bagi menggerakkan kesemua Kawasan Komuniti Masyarakat dan Penduduk Setempat di kawasannya.

PERANAN SUKARELAWAN

a) Sukarelawan berperanan untuk tujuan mendidik dan membimbing masyarakat agar sentiasa mematuhi arahan SOP yang dikeluarkan, Sukarelawan yang dilatih ini akan memberi nasihat secara bersemuka kepada masyarakat agar mengikut aturan norma baharu yang ditetapkan atau secara maya mengikut keadaan;

b) Sukarelawan juga boleh membuat naik turun laporan ketidakpatuhan SOP seseorang individu di dalam aplikasi seandainya terdapat pelanggaran peraturan dan nasihat yang diberikan tidak dipedulikan. Selain itu sukarelawan VCEE19 juga mampu menggerakkan insiatif komuniti sekiranya terdapat kes atau kontak baru di kawasan masing-masing;

c) Peranan sukarelawan ini juga bukanlah untuk mengawal masyarakat tetapi lebih kepada mendidik, membantu dan membuka minda masyarakat setempat supaya memahami apa yang perlu dipatuhi sebagai masyarakat yang prihatin dalam memutuskan rangkaian COVID-19 di negara ini.

d) Secara amnya, peranan dan tanggungjawab sukarelawan VCEE-19 yang terlatih adalah seperti berikut:

i. Mengamalkan dan mempromosikan amalan norma baharu serta langkah- langkah yang terkandung di dalam konsep CAPP serta mempromosikan penggunaan aplikasi MySejahtera;
ii. Memantau kepatuhan SOP di kalangan komuniti setempat, menegur dan mambuat aduan kepada pihak berkenaan sekiranya perlu;
iii. Menyebarkan maklumat berkaitan COVID-19 yang betul dan membantu mencegah penyebaran maklumat yang salah di kalangan komuniti setempat (infodemik);
iv. Mengambil tahu tentang individu/kumpulan berisiko yang ada dalam komuniti dan membuat laporan kepada pihak berkenaan untuk tindakan susulan (surveillan);
v. Mampu menggerakkan inisiatif peringkat komuniti termasuk inisiatif kebajikan dan bantuan psikososial asas sekiranya terdapat kes atau kontak di Kawasan;
vi. Bekerjasama dengan pasukan kesihatan daerah dalam aktiviti penilaian kesihatan kes yang di kuarantin di rumah, memberi nasihat asas dan membuat rujukan bagi kes-kes kepada pihak berkenaan bagi yang memerlukan.
vii. Menjadi penghubung antara komuniti dan pihak-pihak kesihatan, polis dan lain-lain yang berkaitan.

Misi Mencapai 1 Juta Sukarelawan Seluruh Malaysia

0
Telah Mendaftar