VCEE19 merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan penglibatan dan pemerkasaan komuniti  melawan covid-19 melalui pembentukan kumpulan sukarelawan. 

Pada masa sama, ia merupakan projek khas di bawah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPPKAM) yang turut dibantu oleh Community Volunteer Covid-19 (CVC19) dan Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi, Institut Madani Malaysia (CDCS).

PERSATUAN PAKAR PERUBATAN KESIHATAN AWAM MALAYSIA (PPPKAM)

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966. Pertubuhan ini disertai oleh pakar perubatan kesihatan awam seluruh negara dan bilangan ahli ketika ini mencecah 655 orang merangkumi golongan individu berpengalaman daripada pelbagai bidang.

COMMUNITY VOLUNTEER COVID-19 (CVC19)

Community Volunteer Covid-19 merupakan pasukan sukarelawan komuniti yang diwujudkan di bawah PPPKAM sejak Mac 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan untuk kali yang pertama. Pasukan sukarelawan komuniti ini ditubuhkan dalam usaha membantu Kerajaan dalam menangani dan membenteras wabak Covid-19 yang menular di Malaysia.

PUSAT MEDIA DIGITAL, KESELAMATAN SIBER & KOMUNIKASI, INSTITUT MADANI MALAYSIA

Pusat Media Digital, Keselamatan Siber dan Komunikasi (CDCS) adalah sebuah pusat kajian yang dibangunkan oleh Institut Madani Malaysia. Pusat kajian ini berfokuskan sektor media semasa dan menjadi tunjang utama dalam menyokong usaha VCEE19 menerusi platform media digital. CDCS memberi perkhidmatan professional dan menyelaras ‘Sekretariat Komunikasi & Media Digital’ yang terbentuk sebagai salah satu TERAS UTAMA VCEE19 di peringkat nasional.

Misi Mencapai 1 Juta Sukarelawan Seluruh Malaysia

0
Telah Mendaftar