PENGENALAN

Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) memulakan inisiatif menggerakkan Sukarelawan VCEE19 iaitu Volunteers for Community Engagement and Empowerment for COVID-19 Malaysia merupakan sebuah Sukarelawan Komuniti bagi meningkatkan kesedaran dan penglibatan rakyat Malaysia untuk sama-sama memerangi COVID-19.

Gerakan Sukarelawan ini diadakan di Peringkat Nasional hingga ke kalangan Masyarakat Akar Umbi di seluruh negara di bawah Penyelarasan Sekretariat VCEE19 Pusat bagi memperkasakan penglibatan Komuniti pemimpin-pemimpin masyarakat (community leaders) yang harus menjaga dan melindungi komuniti masing-masing daripada menjadi tempat penularan jangkitan COVID-19. Semua individu dalam komuniti berperanan sebagai barisan hadapan (frontliners) di dalam komuniti masing-masing khususnya dalam perjuangan melawan virus COVID-19.

Arahan Kerajaan agar pemimpin masyarakat harus menjalinkan kerjasama dengan pejabat kesihatan daerah, klinik kesihatan komuniti dan juga pihak berkuasa Majlis Daerah untuk mendidik warga komuniti supaya tahu bagaimana cara terbaik untuk mencegah jangkitan COVID-19 ini, maka selaras dengan itu, Keberadaan Sukarelawan VCEE19 ini adalah bertepatan dengan kehendak kerajaan dalam memperkasakan rakyat menangani COVID-19 di seluruh negara.

Individu berumur 18 Tahun ke atas dari Komuniti Setempat di seluruh negara dan Badan-Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) Sosial, Kebajikan, Masyarakat, Keluarga, Keagamaan, Wanita, Belia, Perniagaan dan sesiapa sahaja digalakkan menyertai Sukarelawan VCEE19 untuk Memperkasakan Kesedaran dan Penglibatan Rakyat mengenai COVID-19 ini secara menyeluruh.

MATLAMAT PROJEK

Mewujudkan Sukarelawan Komuniti Masyarakat yang bertanggungjawab secara menyeluruh dalam membendung penular wabak COVID-19 di Malaysia.

STRATEGI

i. Menjalin perkongsian pintar antara pelbagai agensi, pasukan komuniti dan Jawatankuasa Kampung/Masyarakat Setempat bagi memperkasakan amalan tingkah laku norma baru dalam komuniti ke arah usaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 serta menjamin kelestarian kesejahteraan;

ii. Bekerjasama dengan badan/agensi kerajaan, swasta dan NGO dalam gunasama sumber tenaga, kewangan dan peluang memasarkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti.

OBJEKTIF

Memperkasakan komuniti membudayakan amalan norma baharu serta mampu melaksanakan inisiatif peringkat komuniti setempat dalam mencegah dan mengawal penularan COVID-19 dengan:

i. Memperkasa sukarelawan dalam komuniti sebagai ‘role model’ dan pemangkin kepada memperkasakan amalan norma baru;

ii. Mempromosikan amalan norma baharu melalui liputan capaian media digital untuk komuniti setempat;

iii. Memperkukuh jaringan sumber manusia dan peruntukan gunasama di antara Badan Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGOs) dalam advokasi aktiviti penularan COVID-19 yang komprehensif.

AKTIVITI MEMPERKASA KOMUNITI

Memperkasa Komuniti
Sukarelawan berperanan sebagai ‘role model’ diberikan latihan bagi memastikan keseragaman penyebaran informasi dalam mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan disepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara setempat dan berkonsep ’KITA JAGA KITA’.

ii. Memperkasa Ketua Komuniti Setempat
Memperkasa peranan Pemimpin Komuniti dan Masyarakat setempat secara menyeluruh dan bersasar.

iii. Memperkasa Kelestarian
Memantau perubahan tingkah laku dalam komuniti dan kelestarian amalan norma baharu.

iv. Kesediaan Saluran Informasi Tepat
Memastikan saluran informasi dapat diakses, diguna dan diaplikasikan dalam komuniti dengan lestari.

v. Memberi Maklumbalas Secara Berkala Untuk Kelestarian
Menjalinkan hubungan yang sistematik untuk maklumbalas dan ‘remedial’.

KONSEP PELAKSANAAN

a) Sukarelawan VCEE19 Malaysia ditubuhkan sebagai satu pasukan sukarelawan kebangsaan yang ditempatkan di seluruh negara untuk membantu kerajaan dalam usaha bersepadu memberikan kesedaran masyarakat dalam menangani wabak COVID-19 di peringkat komuniti di setiap kawasan penempatan.

b) Komuniti masyarakat setempat menjadi tulang belakang dalam menggerakkan sukarelawan ini yang dikenali sebagai Sukarelawan VCEE19. VCEE19 bergerak di dalam sesuatu kawasan setempat sama ada kampung, perumahan, tempat tinggal komuniti, asrama, kawasan perindustrian, pusat pelancongan dan lain-lain tempat yang mengandungi kepadatan penduduk yang tinggi, tempat tumpuan orang ramai dan kawasan sekitarnya yang disifatkan sebagai sesebuah komuniti.

RASIONAL MOBILISASI & PEMERKASAAN KOMUNITI

a) Pertambahan kes yang semakin meningkat saban hari menimbulkan keresahan rakyat. Walaupun kerajaan telah mengistiharkan PKP di beberapa buah negeri, PKPB dan PKPP di beberapa negeri mengikut taburan kes bagi setiap negeri masing-masing, tetapi aktiviti ekonomi utama diberi kebenaran untuk beroperasi dengan penetapan beberapa syarat SOP yang ketat. Namun, pergerakan bebas di kawasan kediaman, bisnes dan pergerakan keluar masuk yang sangat dinamik dan intensif telah merekodkan beberapa kes di dalam komuniti;

b) Sebagai warga komuniti, adakah mereka perlu #stayathome sahaja tanpa berbuat apa-apa untuk membantu? Hampir mustahil untuk kes COVID-19 mencapai tahap sifar untuk tempoh yang singkat tanpa bantuan dan keazaman rakyat untuk sama-sama membasmi covid-19;

c) Info yang sangat penting dalam membantu usaha pencegahan dan kawalan dalam masa yang singkat ialah “localised geomapping” kes. Penyebaran maklumat di peringkat taman/kampung/komuniti pun sudah memadai untuk mengerak mobilisasi rakyat;

d) Penyebab penularan virus COVID-19 ini bukanlah aktiviti tetapi tingkah laku kesihatan individu dalam masyarakat (Risk Behaviours vs Risk Activities);

e) Usaha mempemerkasakan komuniti diperlukan. Jika dahulu pada fasa awal PKP, aktiviti komuniti kebanyakannya menumpu kepada usaha memberi bantuan material kepada komuniti dan frontliners (PPE, makanan, transport dll). Dalam fasa kedua COVID-19, fungsi dan aktiviti utama yang boleh dimainkan oleh komuniti adalah sebagai agen mata, telinga, mulut dan tangan kepada komuniti dan kerajaan.

Misi Mencapai 1 Juta Sukarelawan Seluruh Malaysia

0
Telah Mendaftar