LATIHAN SUKARELAWAN

MESEJ MANUAL KEHIDUPAN BAHARU

i) Mesej selari dengan saranan KKM dan MKN

Fokus utama mesej adalah menjadikan nasihat-nasihat ini satu kebiasaan atau pembudayaan baharu dalam gaya hidup individu di dalam komuniti;


ii) Pembudayaan norma baru melalui pendekatan CAPP iaitu:

C: Cegah COVID-19 adalah usaha mendidik keluarga serta komuniti mengenai norma baharu kehidupan (kesihatan).

A: Amalan adalah pengenalan set aturan tingkah laku terbaik bagi mengelakkan diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan COVID-19;

P: Patuhi SOP adalah kepatuhan dalam pengoperasian oleh sektor-sektor utama negara dan arahan kerajaan;

P: Pantau adalah operasi penilaian ke atas status kesihatan diri dan keluarga oleh pihak luar bagi tujuan segera mendapatkan rawatan bila bergejala.


iii) Elakkan 3s (BM) atau 3c (BI)

a) kawasan yang sesak (crowded place)

b) kawasan yang sempit (confined space)

c) sembang/bertutur jarak dekat (close conversation).


iv) Amalkan 3W

a) Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash)

b) Memakai pelitup muka (facemask) di tempat awam atau jika bergejala (wear) bagi menghalang pendedahan individu kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini.

c) Amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn) seperti:

  • Elakkan bersalaman dan bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
  • Amalkan etika batuk dan bersin;
  • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
  • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
  • Laksanakan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh (tombol pintu, meja makan, kerusi dll).


iv) Patuhi S.O.P sebagai pembudayaan normal baharu iaitu:

  • S – Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh kerajaan dari semasa ke semasa.
  • O – Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P – Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-  kurangnya satu (1) meter diamalkan pada setiap masa dan ketika.

Misi Mencapai 1 Juta Sukarelawan Seluruh Malaysia

0
Telah Mendaftar