4 Kategori Sukarelawan

Angka semakin meningkat dan pesakit Covid-19 semakin bertambah bilangannya.

Petugas barisan hadapan perlukan sokongan komuniti untuk pastikan #kitajagakita terus boleh dicapai.

Ayuh sertai kami sebagai 1 Juta Sukarelawan hari ini!

01

Sukarelawan Komuniti Masyarakat Setempat

Kami perlukan anda!

02

Sukarelawan Kesihatan Awam

Kami perlukan anda!

03

Sukarelawan Media Rakyat

Kami perlukan anda!

04

Sukarelawan Operasi Pusat

Kami perlukan anda!

Fahami & Ayuh Daftar!

Sukarelawan Komuniti Masyarakat Setempat

Apa Yang Kita Akan Laksanakan!

a) SKS merupakan satu unit di DALAM institusi
(pangsapuri, kampung, taman atau premis perniagaan) yang berperanan untuk menguruskan amalan dalam melaksanakan SOP norma baru yang telah disediakan oleh KKM.

b) Peranan utama SKS adalah untuk membantu memastikan institusinya membudayakan amalan norma baharu dan
gaya hidup sihat serta mematuhi SOP-SOP yang berkaitan.

c) SKS  juga mampu bertindak pantas menyusun dan
menyelaras tindakbalas komuniti di dalam institusinya apabila terdapat kes atau kontak COVID-19 dan merupakan penghubung bagi pihak komunitinya dengan
lain-lain agensi yang berkaitan seperti pihak kesihatan, pihak polis serta lain-lain agensi yang berkaitan serta Penyelaras Sukarelawan Kawasan.
 

d) Ketua SKS perlu mengadakan Aktiviti Lapangan dan Wajib
menerima Latihan dari Kesihatan Awam dan meneruskan mengembangkan input kepada Komunitinya.

Sukarelawan kesihatan Awam

Apa Yang Kita Akan Laksanakan!

a) SKA merupakan satu unit di LUAR institusi.Peranan utama SKA adalah mendidik dan memberi latihan serta menjadi pembimbing kepada masyarakat tentang aspek kesihatan awam dan oengurusan pandemik agen penggerak komuniti melalui aktiviti kawalan pergerakan setempat.

b) SKA disaran menjadi agensi kekal pasca COVID-19 dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang bersih, berpengetahuan dalam aspek kesihatan awam dan mengamal gaya hidup sihat.

c) SKA (Industri) pula akan mengadakan Latihan Insentif kepada Peringkat Industri dengan Latihan dan bimbingan Kesihatan Awam kepada pekerja Sektor Industri. 

d) Terbuka kepada individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan. 

e) Membantu Pasukan menjalankan kerja-kerja saringan, bantuan kaunseling kesihatan, bantuan perubatan, bantuan di pusat kesihatan setempat, bantuan kepada Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Malaysia. 

f) Membantu Pasukan Perubatan dalam menjalani kerja-kerja di lapangan, memberikan Latihan-Latihan khusus mengenai pengurusan Virus. 

g) Meninjau Komuniti bagi menguatkuasakan Pematuhan Operasi Standard (SOP) di kalangan Masyarakat, Permis Perniagaan, Kawasan Awam dan Pengangkutan Awam. SKA akan  memantau / sentiasa berhubung dengan Komuniti Setempat melalui Whatsapp Group – online komunikasi.

Sukarelawan Media Rakyat

Apa Yang Kita Akan Laksanakan!

a) SMR merupakan satu unit PENGANTARA yang berperanan
untuk menyebarkan dan mengurus maklumat secara berstruktur dan tersusun dalam membantu KKM, SKA dan SKS mencapai matlamat mereka.

b) Peranan utama SMR adalah membantu KKM sebagai pengurus kesihatan negara dalam mengawal aktiviti mobilisasi rakyat, mendidik masyarakat tentang aspek kesihatan awam dan melaporkan aktiviti SKS.

c) SMR juga akan menyebar luas maklumat dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang bersih, berpengetahuan
dalam aspek kesihatan awam dan mengamal gaya hidup sihat.

d) Menjadi petugas di media sosial dengan menyebarkan maklumat dan informasi virus Covid-19 apabila menerima maklumat dari pihak sekretariat.

e) Hanya melaksanakan tugas dari rumah dan bekerja
secara sukarela dengan menyebarkan input kesihatan dan info virus kepada masyarakat (bergantung kepada tugas).

 

Sukarelawan Operasi Pusat

Apa Yang Kita Akan Laksanakan!

a) Menjalankan kerja-kerja di lapangan dan ditempatkan di pusat-pusat sukarelawan secara berkala

b) Tugas lebih kepada pengurusan awam dan pentadbiran di pusat operasi

c) Mengendalikan talian informasi pusat dan pengurusan data

d) kerja-kerja pengurusan sekretariat di Pusat VCEE19 Nasional

Misi Mencapai 1 Juta Sukarelawan Seluruh Malaysia

0
Telah Mendaftar