FAQs

Siapa PPPKAM ini?

PPPKAM adalah Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia yang telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 merupakan sebuah Pertubuhan yang dianggotai oleh Pakar Pakar Perubatan Awam, Pakar Kesihatan Awam dan Pengamal-Pengamal Perubatan di Malaysia yang terdiri kalangan Ahli Akademik dan Pengamal Perubatan. Menganggotai Malaysian Humanitarian Coordination and Action Hub (MATCH).

Apakah maksud VCEE19 ini?

VCEE19 singkatan bagi Volunteers for Community Engagement and Empowerment for COVID-19 iaitu Sukarelawan Komuniti dalam Penglibatan dan Pemerkasaan bagi menbendung penularan Covid-19 dikalangan Masyarakat Malaysia. Sebuah Projek Khas untuk Komuniti Malaysia membendung virus Covid-19.

Kenapa perlunya Sukarelawan Komuniti?

Sukarelawan Komuniti amat perlu diwujudkan bagi membantu memutuskan rantai Virus Covid-19. Dengan hanya kesedaran komuniti sahaja dapat memutuskan rantaian ini apabila setiap ahli komuniti sukarela bersedia mendisplinkan diri dan memastikan sesama kelompok komuniti mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) dan Sukarelawa n Komuniti VCEE 19 akan memastikan hasrat ini tercapai berasaskan konsep  #kitaJagaKita.

Saya berminat menjadi Sukarelawan Komuniti, apa perlu saya buat?

Ada perlu mengisi borang online di link http://bit.ly/3qmBAkG sesudah mendaftar, Sekretariat VCEE19 Nasional akan menghubungi anda melalui email beserta nombor keahlian sukarelawan dalam jangka masa 2 minggu selepas tarikh pendaftaran.

Bolehkah saya sertai sukarelawan jika tiada latar belakang dalam bidang perubatan?

Ya, anda adalah orang yang kami cari, anda dialu-alukan menyertainya kerana kita memerlukan Sukarelawan Komuniti yang berperanan menjadi penggerak kebajikan dalam kelompok komuniti (masyarakat) di tempat anda.

Ada berapa jenis Sukarelawan ini?

Terdapat 3 jenis kumpulan sukarelawan iaitu (i) Sukarelawan Komuniti Setempat (SKS) dari kalangan masyarakat setempat di sesuatu Premis atau Komuniti Kawasan yang dikawal selia oleh Ketua Kampung/Majikan Premis Perniagaan; (ii) Sukarelawan Kesihatan Awam (SKA) terdiri daripada Pasukan Sukarelawan dari kalangan Kesihatan Awam yang berfungsi untuk memantau, menjalankan tinjauan ke Kawasan komuniti atau permis perniagaan agar setiap peraturan diikuti, SKA juga membantu individu yang terjejas dengan Virus Covid19; (iii)  Sukarelawan Media Rakyat berperanan untuk  menjadi Aktivis Media Sosial dengan memberikan info-info maklumat, Pendidikan kesihatan di alam maya (media sosial) kepada masyarakat Malaysia dengan hanya bertugas dari rumah sahaja. 

Apa Peranan Sukarelawan Komuniti Setempat (SKS)?

Sukarelawan Komuniti Setempat (SKS) merupakan sukarelawan yang diwujudkan di dalam institusi (pangsapuri, kampung, taman atau premis perniagaan). 

SKS diwujudkan di bawah Komuniti Setempat masing-masing dan merupakan NADI kepada VCEE19 yang menyumbang dalam aspek berikut :

1.Membantu ahli komuniti insititusinya membudayakan amalan norma baharu dalam setiap aktiviti dan gaya hidup sihat serta mematuhi SOP-SOP yang berkaitan disamping menjadi model kepada ahli komuniti yang lain. Ahli SKS perlu mengamalkan dulu untuk diri sendiri seterusnya memberi nasihat dan tunjuk ajar berkaitan pembudayaan norma baharu serta menegur dan melaporkan sekiranya perlu mana-mana ketidak patuhan SOP di kalangan ahli komunitinya.

2.Sebagai penggerak kepada perancangan ahli komuniti agar inistusi mereka sentiasa kekal hijau atau bertukar dengan pantas dari merah ke kuning dan hijau.

3.Mampu bertindak sebagai focal point bagi penyelarasan tidakbalas komuniti  di dalam insitusinya apabila terdapat kes atau kontak mengikut panduan pihak kesihatan.

4.Penghubung bagi pihak komunitinya dengan Sukarelawan Kesihatan  Awam,  pihak kesihatan, pihak polis serta lain-lain agensi yang berkaitan bagi memastikan penyebaran maklumat yang tepat.

5.Memastikan aktiviti dijalankan dengan sikap jujur, amanah, penuh etika dan berintegriti serta mematuhi garispanduan yang ditetapkan oleh PPPKAM

Adakah Sukarelawan Komuniti akan diberikan latihan khusus untuk menggerakkan pasukan ini?

Sukarelawan SKS akan dibimbing dan dilatih oleh Sekretariat yang telah diwujudkan di semua Negeri di Malaysia. SKS sewajarnya dikolaberasi bersama Ketua Kampung, Ketua Komuniti mahupun Pengusaha Permis Perniagaan.

Berapa ramai boleh menjadi Sukarelawan Komuniti  Setempat (SKS) di sesuati Kawasan? 

Seberapa ramai pun boleh menyertainya asalkan mempunyai latar belakang kesihatan yang baik, sihat tubuh badan dan sentiasa prihatin dengan jiran tetangga. Sebagai Sukarelawan Komuniti, peranan anda adalah besar untuk memastikan komuniti anda bebas COVID19 dan memberikan kata-kata semangat, sokongan dan bantuan kepada kes atau kontak COVID 19 dan keluarga mereka di kawasan anda yang mungkin sedang dikuarantin.

Sasaran adalah setiap Kampung, Premis Perniagaan, Bangunan Perumahan dan Kompleks Awam mempunyai SKS yang terdiri daripada penduduk setempat sendiri.

Apa Peranan Sukarelawan Kesihatan Awam (SKA)?

SKA merupakan Pasukan dari  luar institusi yang berperanan untuk bergerak secara berkumpulan dalam mengawal pergerakan komuniti dan memantau SOP yang telah disediakan oleh KKM. Peranan utama SKA adalah membantu KKM sebagai agen pemantau dan pengerak komuniti melalui aktiviti kawalan pergerakan setempat, mendidik masyarakat tentang aspek kesihatan awam dan pelapor aktiviti masyarakat di kawasan kawalan.

Penyertaan terbuka kepada individu yang mempunyai pengalaman dalam bidang kesihatan. Membantu Pasukan menjalankan kerja-kerja saringan, bantuan kaunseling kesihatan, bantuan perubatan, bantuan di pusat kesihatan setempat, bantuan kepada Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Malaysia. SKA juga membantu Pasukan Perubatan dalam menjalani kerja-kerja di lapangan, memberikan latihan-latihan khusus mengenai pengurusan Virus. SKA akan memantau Komuniti bagi menguatkuasakan Pematuhan Prosuder Operasi Standard (SOP) di kalangan Masyarakat, Permis Perniagaan, Kawasan Awam dan Pengangkutan Awam.

Dimanakah boleh saya rujuk seandainya saya telah disahkan menjadi salah seorang sukarelawan tersebut?

Setiap sukarelawan akan diselaraskan oleh Penyelaras VCEE19 di Kawasan Parlimen yang akan menyelaraskan segala aktiviti dan pergerakan sukarelawan setempat. Penyelaras akan sentiasa memberikan arahan dari masa kesemasa. Setiap Negeri terdapat Seorang Ketua Negeri sebagai Ketua Penyelaras Negeri dan Seorang Penyelaras Kawasan Parlimen seluruh negara.

Dimanakah laman yang boleh dirujuk untuk mengetahui aktiviti dan informasi terkini mengenai Sukarelawan Komuniti VCEE19 ini?

Anda boleh melayari Laman Sesawang http://1jutasukarelawan.org dan Facebook Page http://bit.ly/39HbXo4. Maklumat terkini dan informasi Sukarelawan akan sentiasa di muatnaik di dalam laman tersebut. Sekretariat juga akan membangunkan laman Aplikasi (Apps) untuk kegunaan semua Sukarelawan Komuniti VCEE19 seluruh negara.

Apakah Penghargaan untuk Sukarelawan?

Aktiviti ini adalah aktiviti kemanusiaan dan secara sukarela, ini bermakna tidak ada gaji khusus atau elaun disediakan, walaubagaimanapun setiap sukarelawan akan dibantu dengan ilmu dan pengetahuan, jalinan persahabatan baru dan penghargaan dari Sekretariat.

Saya dari Kelab/NGOs/Premis Perniagaan, boleh kah kami bekerjasama untuk Bersama-sama dalam VCEE19 untuk menggerakkan komuniti?

Ya, Sekretariat VCEE19 Nasional amat mengalu-alukan penyertaan Semua pihak dalam sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 di Malaysia. Mana-mana pihak boleh menyumbang kepakaran masing-masing di sini dengan menghubungi kami di alamat laman sesawang 1jutasukarelawan di atas.



Sekretariat VC19 Nasional
Sukarelawan Komuniti (Penglibatan dan Pemerkasaan) Covid-19 Malaysia
Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM)

 

Misi Mencapai 1 Juta Sukarelawan Seluruh Malaysia

0
Telah Mendaftar